Wednesday 27 November 2013

Kelebihan Munchkin dan Scottish Fold..

Hai..bertemu lagi kita dengan post terbaharu..tajuk ini sebenarnya bole la dianggap sebagai sambungan bagi post Pure Vs Mix dan juga Standard Vs Non-Standard..mari kita kupas topik ni dengan lebih lanjut..


Scottish  Fold baru bangun tido..heee

Kalau ada org bertanya..baka kucing apa yg bagus..jawapan OneWan Cattery biasanya adalah..apa sebenarnya yg kamu mahu dengan memiliki atau memelihara kucing ni..

Kalau berniat untuk dijadikan bisnes..tetapi ada kekangan modal yg besar..nah mutasi Munchkin atau Scottish Fold la jawapannya..

Kenapa?..serta merta ini soalan terdetik dalam hati anda bukan?..hehehe ini kerana..baka ini adalah mutasi yg istimewa..anda hanya memerlukan 1 ekor sahaja..ulang suara..1 ekor sahaja baka ini untuk memulakan pembiakan..sebabnya..Munchkin atau Scottish Fold yg standard tidak bole dipasangkan dengan baka yg sama..cth..Munchkin iaitu kucing kaki pendek ini TIDAK BOLEH dipasangkan dengan kucing yg kaki pendek juga..sbb kebarangkalian menghasilkan anak yg tidak sihat atau cacat itu ada..

Jadi keputusannya..beli 1ekor sj..dan biakkan dengan kucing lain..kucing kampung pun bole..tangkap sj tepi jln tu..xda masalah..nah..kan jimat tu..tidak perlu lagi risau dengan perkataan pure bred..


Kucing kampung atau liar yg bole dijadikan mangsa pasangan membiak

Moga post kali ini..dapat memberi gambaran..mengenai prospek peluang berniaga kucing tetapi dengan modal yg kecil..

Kepada yg perlu maklumat lanjut..OneWan Cattery sedia membantu..

Wednesday 20 November 2013

Pure Vs Mix...Standard Vs Non-Standard

Hai..setelah sekian lama..bertemu lagi kita dalam post kali ini..OneWan Cattery "bertapa" seketika untuk mengambil "tenaga dan aura"..moga dengan "kelahiran" semula ini..dapatlah kita bersama-sama berkongsi info dan maklumat berguna mengenai dunia "perkucingan"..hihihi ngam ka istilah itu hahaha

Perasankah anda..apabila kita mencari maklumat mengenai kucing..saban kali kita akan terjumpa dengan perkataan seperti ini..Parsi Pure..Munchin Standard..Main Coon Mix..Scottish Fold Non-Standard..apa ini..apa bezanya..mari sama2 kita kupas isu ini..

Pure Vs Mix...Standard Vs Non-Stantard..ini antara perkataan yg biasa kita jumpa bila masuk dalam topik kucing..apa sebenarnya..apakah bezanya..yg paling penting..macam mana maklumat ini berguna untuk kita..samada peminat, atau pembiak..ikut diri sendiri..bukannya ikut orang hihihi

Cara yg terbaik..adalah dengan meminta nasihat dengan "breeder" iaitu pembiak kucing..sbb mereka ini memiliki pengetahuan dan pengalaman yg luas dalam bidang ini..jadi tanya pendapat mereka mengikut kesesuaian diri kita masing2..ini adalah jalan terbaik..tetapi untuk tidak mengecewakan..mari sama2 kita belek2 apa gunanya info ini untuk kita semua..

Pure Vs Mix..ya..ini adalah merujuk kepada ketulinan baka kucing itu..ertinya..kedua2 induk kucing itu adalah daripada baka yg sama jenis..bukannya berlainan..
Contohnya..exotic pure adalah merujuk kepada baka exotic..yg mana..kedua2 induknya..iaitu ibubapa kucing itu adalah exotic..ini baru pure..tiada campuran..boleh dikatakan kebanyakan baka kucing boleh dirujuk dengan perkataan ini..seperti parsi, main coon, exotic, american short hair, ragdoll, dan banyak lagi..

Exotic purebred cat..sumber pakcik google..
Kalau parsi mixed main coon..ertinya..salah satu induk kucing itu adalah daripada baka parsi dan yg pasangannya pula main coon..atau pun sebaliknya..dapatkan?..

Main Coon Mixed Persian..sumber makcik google..



Standard Vs Non-Standard..ini apa pulak..ini ertinya..baka kucing itu adalah "mutasi" yg berlainan daripada baka yg biasa kita dengar..baka yg tergolong dalam kategori ini adalah munchkin dan juga scottish fold..
Contohnya biasanya kita dengar nama munchkin standard..ini bermakna..munchkin ini memiliki kaki yg pendek..sesuai dengan nama bakanya..

Kiri Munchkin Non-Standard..Kanan Munchkin Standard..tengok panjang kaki tu..beza kan?..
 Tetapi kalau merujuk kepada scottish fold non-standard..menunjukkan bahawa kucing itu memiliki "darah" scottish fold sahaja..manakala telinga tidak berlipat seperti namanya..telinga kucing ini macam kucing biasa kita tengok..lurus sahaja..

Atas Scottish Fold Standard..Bawah Scottish Fold Non-Standard..perhatikan telinga tu..


Ingat..tidak boleh ada munchkin pure..atau pun scottish fold pure..sama juga dengan tiadanya istilah ragdoll standard..atau pun siam non-standard..kenapa terjadi macam ini..apa kelebihan dan kekurangan pure vs mix dan juga standard vs non-standard..masing2 ada gunanya kalau kita tahu..jadi..untuk topik ini akan kita bincangkan dalam post yang seterusnya..

Moga post ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran mengenai istilah2 yg biasa digunakan..bertemu kita lagi dalam masa terdekat..

Wednesday 24 April 2013

6 Penyakit Yang Biasa Dihidapi Kucing

Pada post kali ini..OneWan Cattery akan berkongsi mengenai 6 jenis penyakit yg selalu menyerang kucing..apakah penyakit itu..ayuk sama2 kita berkongsi ilmu n pengalaman..

Jangan pulak kucing kita sampai jadi macam ini..kesiankan..hehehe


1) Feline Upper Respiratory Infection (URI)

Senang cerita..kita bole cakap ini adalah selesama kucing la..sbb selesema kucing dan manusia ini ada banyak persamaan..
Simptomnya adalah kucing suka bersin, hidung danmata berair, mata kemerahan, demam, tiada selera makan, bengkak di hidung, bibir, lidah atau gusi..
Penyakit ini tidak boleh dibiarkan sebab boleh membawa maut..cara jangkitan pulak melalui sentuhan, tempat tinggal dan udara yg kotor..juga kurang zat makanan..


2) Rabies (penyakit Anjing Gila)

Penyakit ini boleh merebak melalui cakaran atau gigitan haiwan lain yg ada penyakit ini..virus akan merebak dari tempat gigitan ke sistem saraf dan akhirnya ke otak..dalam masa 2-6 minggu..
Tandanya adalah kucing menjadi lemah, demam, sawan bertindak ganas dan akhirnya mati..

3) Feline Panleukopenia (Feline Distemper)

Virus penyakit ini akan membunuh sel2 d sumsum tulang, usus dan janin..selalunya ada darah dalam najis kucing yg berpenyakit ini..
Petandanya adalah kemurungan, demam panas, muntah2, cirit birit dan cepat haus..kalau ada suda tanda ini..ertinya suda merebak laitu..
Jangkitan melalui sentuhan kucing pada darah, air kencing, najis, hingus ataupun kutu dari kucing yg berpenyakit ini..

4) Feline Leukaemia Virus (FeLV)

Lebih kurang mcm leukemia manusia jugak..menyerang sistem kekebalan tubuh dengan menyerang sel darah putih..
Kebiasaannya kucing akan mati dalam masa beberapa tahun..3 tahun untuk lebih tepat..
Virus ini ada dengan banyaknya pada air liur..jadi elakkan berkongsi tempat makan minum dengan kucing yg berpenyakit ini..aktiviti menjilat juga antara penyebab berjangkit..

5) Feline Immunodeficiency Virus (FIV)

Penyakit ini lebih kurang sama dengan HIV atau AIDS bagi manusia..tapi jangan risau..tidak mungkin anda dijangkiti HIV atau AIDS  daripada kucing yg berpenyakit FIV ini..
Jangkitan melalui cakaran atau gigitan dari kucing yg berpenyakit FIV..melalui air liur memasuki saluran darah..
Tanda kucing sedang menghidap FIV ialah susah bernafas, tiada selera makan, cirit birit yg berpanjangan, gusi dan mulut yg bengkak, turun berat badan sampai kurus dan sawan..

6) Feline Infectious Peritonitis (FIP)

Virus ini biasa membawa maut..bukan sahaja kucing peliharaan..malahan kucing liar di hutan pun..ini termasuk singa dan harimau kumbang..
Virus ini boleh menyebabkan deman, kurang bermaya, muntah2, citi birit, tiada selera makan dan kurus melampau..
Elakkan pergaulan kucing adan dengan kucing liar yg kelihatan tidak sihat..


Kesian Oo ini kucing..adu duiii..

Inilah merupakan antara penyakit yg selalu menyerang kucing..moga post kali akan memberi manfaat kepada kita peminat kucing..bukan sahaja kita manusia ini mau sijat..kucing pun kena sihat jugak..baharulah hidup ini aman bahagia..hihihi

P/S : Gambar ihsan daripada Pakcik Google..terima kasih..hahaha


Sunday 17 March 2013

7 Petanda Kucing Sedang Mengandung.

Ya..sedia maklum..bestnya memelihara kucing..tapi tahukah kita..kucing mengandung selama 9 minggu (60 hingga 67 hari) dan petandanya dapat dilihat bermula dari minggu ke3 atau ke3..

Ibu kucing tengah bersantai hehe


Ikuti kupasan 7 tanda kucing anda sedang hamil:

1) Tidak lagi in heat..
Kalau setiap 2 minggu sekali bunyi..dan tetiba sj tidak lagi berbunyi mengerang..ini tanda kucing anda mungkin sedang hamil..

2) Puting bengkak..
Inilah yang paling senang..puting akan bengkak dan bertukar warna menjadi merah jambu..juga sensitif bila disentuh..

3) Kuat makan..
Ibu kucing akan kuat makan kerana kandungnya gunakan sebahagina zat makanan yg dimakan oleh ibu kucing..

4) Terlebih manja..
Manja lebih2 dengan menggeselkan badan kepada kaki anda, perabut, barang mainan..juga minta dibelai..

5) Suka muntah..
Macam manusia..kucing pun ada morning sickness hehe

6) Perut membesar..
Perut mula membuncit pada minggu ke4 atau ke5..

7) Ingin bersendiri..
Apabila mo bersalin..ibu kucing akan mencari tempat yang paling sesuai..biasanya di satu sudut yang senyap dan tidak boleh dilihat oleh orang..

Tidak perlulah menghantar kecing berjumpa doktor untuk pemeriksaan sepanjang kehamilannya kecuali ada sesuatu yang tidak kena (seperti muntah2 dengan kerap dan banyak)..berilah makanan berzat secukupnya dan juga lebih kasih sayang..miao miao miao..

Friday 8 March 2013

Untuk Dijual (Scottish Fold) SOLD OUT & BOOKED - 8.3.2013

Update 24/4/2013
Stok daripada induk Scotish Fold ini telah habis disold dan dibooking..harap maklum..
Di bawah adalah gambar terkini kira2 2minggu lepas..








TERKINI..induk Scottish Fold suda berjaya melahirkan 4 ekor anak..cumanya status "FOLD" itu masih lagi dalam kesamaran..sebabnya masih kecil..kira2 2 minggu umurnya sekarang ini..jadi agak sukar untuk menentukannya..

Tapi mengikut pengalaman OneWan Cattery..diramalkan 3 anak kucing adalah FOLD..

Jadi tunggu apa lagi..cepatlah booking / risik2 agar tidak ketinggalan.

P/S : Scottish Fold ada baka kucing yg paling cepat SOLD OUT daripada caterry kami..







Saturday 19 January 2013

Maru bersama keluarga baru


20 Januari 2012. Hari ni, Maru memulakan kehidupan baru bersama keluarga En. Andrew. Semoga gembira dengan kehadiran "anak" baru dalam keluarga beliau. Saya sangat seronok dan selesa berurusan dengan keluarga dorang ni,sangat sporting.
 Amber n Maru

P/s: Amber, sayangi keluarga kamu terutama ibu bapa kamu. Kamu bertuah dapat ibu bapa yang sangat penyayang...

Saturday 12 January 2013

Munchkin - Cerita dulu2..

Hari ni saya mau cerita sejarah saya dengan breed Munchkin ni. Kalau tidak silap sayalah orang pertama yang bawa masuk breed munchkin ni ke Negeri Sabah.Sebelum berjinak-jinak dengan breed munchkin ni, dulu saya pernah memiliki macam-macam breed kucing antaranya Persian, Exotic, Bengal dan Siamese.. tapi bila dapat tahu yang Munchkin ni kalau nak breeding kena pasangkan dengan breed lain selain munchkin saya terus tertarik dengan breed ni..Munchkin pertama saya datang dari saudara Issam,warna Red Classic Tabby. Namanya Rudy. Tapi Kitten tu hanya hidup selama 1 bulan di Sabah. Mati di pusat kuarantin Kinarut. Tiga hari juga nda makan ingat-ingat si Rudy tu..
Tanpa berputus asa,saya mau juga jadi breeder munchkin.. Jadi inilah kucing munchkin saya yang kedua berjaya saya bawa masuk ke negeri Sabah dari seorang breeder terkenal di semenanjung Malaysia iaitu En. Yusry. Kucing ni saya bagi nama Feanny. Sangat manja dan begitu aktif.. Malangnya, Feanny ni sampai sekarang tiada zuriat.Kalau ikutkan hati,memang malas da ngan Munchkin ni, tapi bila tengok aksi si feanny ni saya cuba untuk kali ke-3. Akhirnya saya bawa masuk lagi sekor female munchkin dari bro Issam jg. Kucing ni GARANG GILA! KOYAK juga la tangan saya kena baham ngan dia ni. Namanya Comot..Tapi, si Comot ni la yang melahirkan generasi Munchkin di Sabah ni. Comot ni da pergi buat selama-lamanya,yang tinggal hanya anak dia yang kini di pelihara oleh Abang/Sahabat saya di Putatan.

Semua cerita saya tu ambil masa 6 tahun la juga. Selepas 6 tahun sekarang saya sudah ada pembaka jantan yang saya beri nama Sunny. Sunny ni kira macam bapa yang bahagia dan berjaya la. Bini dia da dua dan anak ada 6 ekor semuanya..4 ekor munchkin standard dan 2 ekor lagi non standard munchkin. Bukan senang untuk berjaya kan?