Monday 31 December 2012

Cara elakkan kucing mencakar perabut..

Ya..sedia maklum..bila ada kucing di rumah..sofa / perabut anda adalah antara sasaran kegemaran kucing anda untuk mencakar..ni bukanlah sebab kucing itu tidak puas hati dengan tuannya dan ingin membalas dendam..tapi ini disebabkan perangai semula jadi kucing sebagai medium cara menandakan kawasannya..

Kalau kena dengan sofa yg mahal..mesti pening dibuatnya kan..so macam mana cara untuk elakkan kucing kesayangan anda agar jangan lagi mencakar sofa / perabut mahal anda itu..jom kita kongsi bersama..

Scratching post
Sediakan scratching post ini sebagai tempat kucing anda mencakar..jangan risau boleh dapatkan di kedai haiwan peliharaan..tak mahal mana pun..
Tetapi kucing tidak akan menggunakan scratching post ini secara automatik..mana lah kucing tu tau..so anda kena lah tunjukkan caranya..begini..sambil memegang kucing anda..belaikan kuku anda pada scratching post itu..lepas tu belailah kuku kucing anda pada scratching post itu..senangkan..

Semburan air
Hah guna spray tu..main tembak2..kalau anda nampak kucing mahu menyerang atau pun tengah menyerang..semburkan air pada kucing itu..kucing tidak akan berhenti serta merta..perlu beberapa kali dilakukan..
Semua ahli keluarga pun kena main peranan dalam menyembur ni..semua mesti ikut main sembur2 ni..syiok kan hehe jadinya kucing akan takut dengan semua orang..bukan anda sahaja..kucing tidak akan berhenti terus..perlu kena sembur beberapa kali baru padan muka kucing tu ehhh salah..baru kucing tu faham..hehehe letakkan spray tu berdekatan dengan sofa / perabut anda..so kucing pun tau la tu apa maksudnya..orait..

Botol / tin minuman berisi
Masukkan benda seperti kacang hijau, batu kecil dan sebagainya ke dalam tin atau pun botol minuman kosong..jangan penuh dan hendaklah ditutup lepas tu..pastikan alat itu mampu mengeluarkan bunyi..konsepnya sama seperti semburan air di atas..tapi jangan la lempar sampai kena kucing tu..lempar dekat tempat kucing tu la..sbb kucing tidak suka bunyi bising..dalam beberapa minggu faham la tu kucing yang kalau mo cakar akan dapat bunyi bising..so kucing pun berhenti mencakar perabut anda..

Inilah antara beberapa cara bagaimana anda boleh mengajar kucing agar jangan lagi mencakar perabut / sofa anda..ingat..kucing anda pun perlu dididik supaya tidak lagi mencakar..selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment