Saturday 31 January 2015

Doktor, kucing dan anda..

Hai..kebiasaannya..kita akan terus bawa kucing berjumpa doktor jika kucing kita sakit atau ada masalah..sedia maklum..kos rawatan kucing adalah mahal..kalau selalu bawa jumpa doktor..bole bocor jgk kocek kita lama2..

Tetapi kali ini..tidak lagi..mungkin anda bole menjadi "doktor" sendiri bagi keadaan yg tidak serius sebelum membawanya berjumpa veterinar..jika keadaan masih dalam kawalan..

Untuk itu..OneWan Cattery akan berkongsi tips "berjimat" dalam penjagaan kucing anda..

5 situasi biasa dan panduan untuk mengatasi masalah kucing anda adalah :-

1) Tidak mahu makan..berat badan menurun..
- Jika tidak dikawal..bole merosakkan fungsi tubuh..
- Solusinya..beri makanan yg lain yg digemari kucing anda..
- Tips..bagi makanan yg kuat baunya..
 
2) Kulit gatal..
- Puncanya adalah sebab parasit, atau pun bakteria..
- Berikan ubat anti-histamisme..

3) Penat..
- Untuk kes yg tidak serius..perbaiki diet kucing ada..
- Jangan lupa..senaman yg cukup..
- Kucing yg tidak bersenam dan gemuk..cepat lebih..

Membawa kucing anda bersiar2 adalah antara aktivit yg sesuai..sbg senaman..


4) Sembelit..
- Punca utama adalah kekurangan cecair..dan juga diet yg tidak sesuai..
- Pastikan terdapat bekalan air bersih mencukupi..
- Makanan berserat juga dapat membantu..labu adalah antaranya..

5) Muntah2..cirit-birit..
- Jika muntah2 atau cirit-birit sekali-sekali..itu biasa..
- Mungkin disebabkan termakan makanan manusia..yg berasaskan bawang..
- Atau sebab makanan tidak hadam..atau pun kekurangan cecair..
- Air yg bersih dan mencukupi adalah perlu..
- Jika selepas 24 jam masih berlarutan..bawa jumpa doktor..

P/S : Berikut hanyalah sebagai panduan awal anda sahaja..jika keadaan berlarutan..segera bawa kucing anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yg terbaik..

Sunday 18 January 2015

DIY Smart Shift

Hai..bertemu kembali..moga dengan munculnya Tahun 2015 akan membawa lebih harapan dan kejayaan kepada kita semua..cabaran dalam kehidupan pun..ada pelbagai..mungkin ada kucing yg suka "membuang" atau pun menguis keluar litter yg digunakan samada pasir ka..habuk kayu ka..atau pun kristal ka..mana tahan..kalau hari2 mo refill atau ganti litter yg baharu..sudahlah segala barang kini meningkat harga..bikin panas lama2 ni..boleh semput juga jadinya..jadi..macam mana cara mau selesaikan masalah ni..

Monsopiad & DIY Smart Shift..

Ini ada satu penyelesaian..moga dapat membantu..iaitu DIY Smart Shift..mungkin ada yg suda gunakan kaedah ini..tahniah..kerana anda telah memperoleh hasilnya "berjimat" dengan penggunaan kaedah "baharu kununnya" ini la..kan..baharu ka..lama ka..kita try test tgk..macam mana..

Alatan yg dperlukan adalah kontainer dan juga alat penebuk lubang..

Benda yg diperlukan..
 1) Kontainer - silalah ukur kesesuaian saiz kontainer supaya muat dengan sangkar dan juga pintu masuk sangkar..bukan apa..kalau tidak diambilkira..risau akan silap saiz..jadinya bukan mau berjimat..tapi makin membazir pulak..

2) Alat penebuk lubang - alat ini..boleh lah cari di kedai hardware..kalau xda..atau mo berjimat lagi pun boleh juga..gunalah cara "moden" iaitu khidmat pisau..tebuk lubang sesuai dengan saiz kucing anda..pastikan tidak terlalu d bawah..bagi clear beberapa inci tuk ketinggian litter anda..mungkin sekitar 3 inci adalah sesuai..jadi apa lagi..buat lah lubang ajaib itu..hihihi

Setelah bertungkus lumus..kunun la bertungkus lumus..keluar peluh sikit2 sj..x penat pun..kejap saja setle tu proses membuat lubang..letaklah DIY Smart Shift ke dalam sangkar kucing anda..moga lepas ni..kucing tu tidak bertebiat lagi la..saja2 jak mo kuis2 tu litter..

DIY Smart Shift in action..
Moga perkongsian yg sikit ini..mampu memberi manfaat kepada semua peminat dan pencinta kucing..teruskan usaha..sayangi kucing kita..berikan yg terbaik untuk semua..