Wednesday 24 April 2013

6 Penyakit Yang Biasa Dihidapi Kucing

Pada post kali ini..OneWan Cattery akan berkongsi mengenai 6 jenis penyakit yg selalu menyerang kucing..apakah penyakit itu..ayuk sama2 kita berkongsi ilmu n pengalaman..

Jangan pulak kucing kita sampai jadi macam ini..kesiankan..hehehe


1) Feline Upper Respiratory Infection (URI)

Senang cerita..kita bole cakap ini adalah selesama kucing la..sbb selesema kucing dan manusia ini ada banyak persamaan..
Simptomnya adalah kucing suka bersin, hidung danmata berair, mata kemerahan, demam, tiada selera makan, bengkak di hidung, bibir, lidah atau gusi..
Penyakit ini tidak boleh dibiarkan sebab boleh membawa maut..cara jangkitan pulak melalui sentuhan, tempat tinggal dan udara yg kotor..juga kurang zat makanan..


2) Rabies (penyakit Anjing Gila)

Penyakit ini boleh merebak melalui cakaran atau gigitan haiwan lain yg ada penyakit ini..virus akan merebak dari tempat gigitan ke sistem saraf dan akhirnya ke otak..dalam masa 2-6 minggu..
Tandanya adalah kucing menjadi lemah, demam, sawan bertindak ganas dan akhirnya mati..

3) Feline Panleukopenia (Feline Distemper)

Virus penyakit ini akan membunuh sel2 d sumsum tulang, usus dan janin..selalunya ada darah dalam najis kucing yg berpenyakit ini..
Petandanya adalah kemurungan, demam panas, muntah2, cirit birit dan cepat haus..kalau ada suda tanda ini..ertinya suda merebak laitu..
Jangkitan melalui sentuhan kucing pada darah, air kencing, najis, hingus ataupun kutu dari kucing yg berpenyakit ini..

4) Feline Leukaemia Virus (FeLV)

Lebih kurang mcm leukemia manusia jugak..menyerang sistem kekebalan tubuh dengan menyerang sel darah putih..
Kebiasaannya kucing akan mati dalam masa beberapa tahun..3 tahun untuk lebih tepat..
Virus ini ada dengan banyaknya pada air liur..jadi elakkan berkongsi tempat makan minum dengan kucing yg berpenyakit ini..aktiviti menjilat juga antara penyebab berjangkit..

5) Feline Immunodeficiency Virus (FIV)

Penyakit ini lebih kurang sama dengan HIV atau AIDS bagi manusia..tapi jangan risau..tidak mungkin anda dijangkiti HIV atau AIDS  daripada kucing yg berpenyakit FIV ini..
Jangkitan melalui cakaran atau gigitan dari kucing yg berpenyakit FIV..melalui air liur memasuki saluran darah..
Tanda kucing sedang menghidap FIV ialah susah bernafas, tiada selera makan, cirit birit yg berpanjangan, gusi dan mulut yg bengkak, turun berat badan sampai kurus dan sawan..

6) Feline Infectious Peritonitis (FIP)

Virus ini biasa membawa maut..bukan sahaja kucing peliharaan..malahan kucing liar di hutan pun..ini termasuk singa dan harimau kumbang..
Virus ini boleh menyebabkan deman, kurang bermaya, muntah2, citi birit, tiada selera makan dan kurus melampau..
Elakkan pergaulan kucing adan dengan kucing liar yg kelihatan tidak sihat..


Kesian Oo ini kucing..adu duiii..

Inilah merupakan antara penyakit yg selalu menyerang kucing..moga post kali akan memberi manfaat kepada kita peminat kucing..bukan sahaja kita manusia ini mau sijat..kucing pun kena sihat jugak..baharulah hidup ini aman bahagia..hihihi

P/S : Gambar ihsan daripada Pakcik Google..terima kasih..hahaha


No comments:

Post a Comment