Thursday 25 December 2014

Kenapa induk kucing makan anak kucing?

Hai..bertemu lagi kita..dalam kesibukan kerja di samping dalam mode perayaan, cuti sekolah dan tahun baharu..semoga semua bergembira bersama keluarga..teruskan berusaha untuk kemajuan diri..

Post kali ini..OneWan Cattery ingin menarik perhatian semua berkaitan kes yg sukar untuk diterima akal..tapi itu la hakikatnya..iaitu induk kucing makan anak kucing yg masih kecil..sukar digambarkan tetapi itulah yg dihadapi beberapa "pemilik" kucing..walau bagaimana pun..ianya jarang berlaku..tetapi ada..semestinya menimbulkan keresahan dan persoalan kepada kita..
 
Saat kelahiran adalah saat "privacy" bagi kucing..elakkan "mengganggu" sekitar 1 minggu pertama..
 Terdapat beberapa "teori" yg dikatakan menjadi punca kepada permasalah ini..moga perkongsian kali ini menjadi panduan dan membawa manfaat kepada semua..agar sama2 kita "mengelakkan" daripada mencetus perasaan kanibalisme di dalam naluri kucing aka bulus kesayangan kita..mari sama-sama kita kupas isu ini dengan lebih mendalam..antara puncanya adalah :-

#1 Kekurangan susu
Induk kucing yg kurang menghasilkan susu..akan merasakan anak kucing itu tidak dapat bertahan dan sukar untuk hidup..jadi untuk "kepentingan" bersama..anak kucing itu perlu "dihapuskan"..

#2 Manusia selalu pegang anak kucing
Kucing berkomunikasi melalui bau..sebab kalau selalu dipegang..dikhuatiri "bau" anak kucing itu akan hilang..dan ini mencetus "kesimpulan" kepada induk kucing bahawa anak kucing itu tidak sihat..jadi jalan yg terbaik adalah dengan "menamatkan" riwayat anak kucing itu..

#3 Anak kucing tidak sihat
Induk kucing dapat "meramal" mana anak kucing yg mampu bertahan berdasarkan samada sihat atau tidaknya anak kucing itu..jadi daripada mati begitu saja.."bagus" induk kucing "makan" anak kucing untuk mendapatkan nutrisi..di samping itu..ini akan menyelamatkan tenaga induk daripada sia-sia menjaga anak kucing yg sukar untuk hidup..

#4 Ketiadaan hormon "keibuaan"
Ianya jarang berlaku..tapi ada..dengan ketiadaan hormon ini..naluri kucing akan menganggap bahawa anak kucing itu adalah sebagai "mangsa"..secara tidak langsung mendorong "keliaran" alam semula jadi terjadi kepada anaknya sendiri tanpa dsedari induk kucing itu..

#5 Stress
Nampak macam simple..tapi banyak yg tidak sedar akan puncanya..ya semestinya kita suka untuk "tengok2", "belek2", dan "belai2" anak kucing itu..tapi harus diingat..induk kucing menerima ini sebagai ancaman..jadi untuk itu.."mereka" akan "berpindah" tempat mencari kesunyian dan keselesaan tanpa gangguan..tapi kalau masih juga merasa terancam..ini la yg terjadi..anaknya "dimakan" sebab induk kucing membuat kesimpulan bahawa anak kucing itu sukar untuk hidup dan berdikari dengan gangguan dan stress keterlaluan daripada manusia..


Baru sahaja lahir..kurang kasih sayang..esoknya menjadi "mangsa"..apakan daya..

Kes di atas adalah berkaitan induk betina dengan anaknya..macam mana pulak dengan induk jantan..

Induk jantan "kebiasaannya" akan bertindak begini sebab anak kucing itu..adalah daripada "musuhnya" iaitu anak induk jantan yang lain..kucing ni..kan jenis "persempadanan" iaitu ada kawasan sendiri..macam manusia la..ada abang kawasan..kalau "orang" lain masuk kawasan kita tanpa diundang..memang kira "angin" tidak tentu pasal..hihi sama juga kesnya dalam dunia "perkucingan"..jika induk jantan itu "merasakan" bahawa anak itu buka daripada "linenya"..maka anak itu "perlu" dihapuskan..sebab dikhuatiri akan menjadi saingan kepadanya nanti..

Induk betina "mengesan" bau pada anak kucing yg baharu lahir..ELAKKAN PEGANG anak kucing!!!..

Moga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pencinta kucing aka bulus..sama-sama la kita "mengelakkan" menjadi punca kejadian "keliaran" ini..

Jika ada sebarang komen dan pandangan..sila berkongsi di ruangan disediakan di bawah..

Moga manfaat..

Wednesday 10 December 2014

Panduan Vaksinasi, Deworm & Desexing

Panduan Vaksinasi, Deworm & Desexing

Muka Penuh
Bahagian Gambar

Info Penuh

P/S : Sumber daripada Klinik Pejabat Perkhidmatan Haiwan Kepayan, KK.

Sunday 21 September 2014

Monsopiad : The Head Hunter

Hai..memperkenalkan..upcoming stud 2015..walau pun ndak power yg macam harga riban2 tu..tp buli2 la bah kan orang cakap..jangan terlampau tamahak..naik menyesal..

Corak spotted macam kena susun saja kan..dari kepala sampai ekor tu yg mahal..just nice..

Kalau tengok dari rupa, warna dan corak..memang la..klu ikut markah tu..ndak la tinggi..tp ciri2 yg dperlukan tu..ada la..aduiii bah..kampung2 punya level sajak ni..

Monsopiad main2 sendiri


Warna..brown hanya d bahagian atas d tulang belakang sahaja..ikut bapaknya punya warna..tempat lain..ikut warna mamaknya pulak..tp yg bestnya ni..ada "glitter" tu jelas kelihatan d bulunya..tengok depan mata..baru tau macam mana tu "glitter"..dalam gambar or video..ndak berapa nampak..

Corak..mo cakap rosetted sj..ndak buli..mo cakap spotted sj..pun ndak buli..sbb ada rosetted ada spotted..sedap2 saja saiz rosetted/spotted Monsopid ni..anak bapak sama mamak baini katakan..gabungan..bapaknya rosetted besar bapak..mamaknya spotted cumil2 saja..



 Bah..itu saja la kan tuk kali ni..info ringan2 saja ni..jangan kasi pening kepala..


Monsopiad "the head hunter"...warna light gold-black rosettes and spots..

Monday 18 August 2014

Bengal : Kelahiran dnanti..

Hai..sorry..lama x update..bukan apa..sbb sibuk..smpi terlupa..ada blog hehehe

8 Julai 2014..adalah hari bersejarah..sbb OneWan Cattery telah menerima kelahiran sulung drpd keluarga Bengal..lama dnanti..akhirnya tiba jgk..

D bawah..saat2 kelahiran..dan jugak gmbr masa berumur 1minggu..






Untuk post yg akan datang..nanti info terkini drpd anak bengal ini..

Tungggguuuuuuuuuu...

Sunday 20 April 2014

Dalam proses kemaskini

Pengumuman:

OneWan Cattery tengah dalam proses kemaskini..baik dari segi blog..fb..mahupun cattery..

Harap maklum..


Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan..sila hubungi talian berikut :

Mobile : 010 931 2038 / 013 883 8682 (Area Tuaran, Sabah)