Wednesday 27 November 2013

Kelebihan Munchkin dan Scottish Fold..

Hai..bertemu lagi kita dengan post terbaharu..tajuk ini sebenarnya bole la dianggap sebagai sambungan bagi post Pure Vs Mix dan juga Standard Vs Non-Standard..mari kita kupas topik ni dengan lebih lanjut..


Scottish  Fold baru bangun tido..heee

Kalau ada org bertanya..baka kucing apa yg bagus..jawapan OneWan Cattery biasanya adalah..apa sebenarnya yg kamu mahu dengan memiliki atau memelihara kucing ni..

Kalau berniat untuk dijadikan bisnes..tetapi ada kekangan modal yg besar..nah mutasi Munchkin atau Scottish Fold la jawapannya..

Kenapa?..serta merta ini soalan terdetik dalam hati anda bukan?..hehehe ini kerana..baka ini adalah mutasi yg istimewa..anda hanya memerlukan 1 ekor sahaja..ulang suara..1 ekor sahaja baka ini untuk memulakan pembiakan..sebabnya..Munchkin atau Scottish Fold yg standard tidak bole dipasangkan dengan baka yg sama..cth..Munchkin iaitu kucing kaki pendek ini TIDAK BOLEH dipasangkan dengan kucing yg kaki pendek juga..sbb kebarangkalian menghasilkan anak yg tidak sihat atau cacat itu ada..

Jadi keputusannya..beli 1ekor sj..dan biakkan dengan kucing lain..kucing kampung pun bole..tangkap sj tepi jln tu..xda masalah..nah..kan jimat tu..tidak perlu lagi risau dengan perkataan pure bred..


Kucing kampung atau liar yg bole dijadikan mangsa pasangan membiak

Moga post kali ini..dapat memberi gambaran..mengenai prospek peluang berniaga kucing tetapi dengan modal yg kecil..

Kepada yg perlu maklumat lanjut..OneWan Cattery sedia membantu..

Wednesday 20 November 2013

Pure Vs Mix...Standard Vs Non-Standard

Hai..setelah sekian lama..bertemu lagi kita dalam post kali ini..OneWan Cattery "bertapa" seketika untuk mengambil "tenaga dan aura"..moga dengan "kelahiran" semula ini..dapatlah kita bersama-sama berkongsi info dan maklumat berguna mengenai dunia "perkucingan"..hihihi ngam ka istilah itu hahaha

Perasankah anda..apabila kita mencari maklumat mengenai kucing..saban kali kita akan terjumpa dengan perkataan seperti ini..Parsi Pure..Munchin Standard..Main Coon Mix..Scottish Fold Non-Standard..apa ini..apa bezanya..mari sama2 kita kupas isu ini..

Pure Vs Mix...Standard Vs Non-Stantard..ini antara perkataan yg biasa kita jumpa bila masuk dalam topik kucing..apa sebenarnya..apakah bezanya..yg paling penting..macam mana maklumat ini berguna untuk kita..samada peminat, atau pembiak..ikut diri sendiri..bukannya ikut orang hihihi

Cara yg terbaik..adalah dengan meminta nasihat dengan "breeder" iaitu pembiak kucing..sbb mereka ini memiliki pengetahuan dan pengalaman yg luas dalam bidang ini..jadi tanya pendapat mereka mengikut kesesuaian diri kita masing2..ini adalah jalan terbaik..tetapi untuk tidak mengecewakan..mari sama2 kita belek2 apa gunanya info ini untuk kita semua..

Pure Vs Mix..ya..ini adalah merujuk kepada ketulinan baka kucing itu..ertinya..kedua2 induk kucing itu adalah daripada baka yg sama jenis..bukannya berlainan..
Contohnya..exotic pure adalah merujuk kepada baka exotic..yg mana..kedua2 induknya..iaitu ibubapa kucing itu adalah exotic..ini baru pure..tiada campuran..boleh dikatakan kebanyakan baka kucing boleh dirujuk dengan perkataan ini..seperti parsi, main coon, exotic, american short hair, ragdoll, dan banyak lagi..

Exotic purebred cat..sumber pakcik google..
Kalau parsi mixed main coon..ertinya..salah satu induk kucing itu adalah daripada baka parsi dan yg pasangannya pula main coon..atau pun sebaliknya..dapatkan?..

Main Coon Mixed Persian..sumber makcik google..



Standard Vs Non-Standard..ini apa pulak..ini ertinya..baka kucing itu adalah "mutasi" yg berlainan daripada baka yg biasa kita dengar..baka yg tergolong dalam kategori ini adalah munchkin dan juga scottish fold..
Contohnya biasanya kita dengar nama munchkin standard..ini bermakna..munchkin ini memiliki kaki yg pendek..sesuai dengan nama bakanya..

Kiri Munchkin Non-Standard..Kanan Munchkin Standard..tengok panjang kaki tu..beza kan?..
 Tetapi kalau merujuk kepada scottish fold non-standard..menunjukkan bahawa kucing itu memiliki "darah" scottish fold sahaja..manakala telinga tidak berlipat seperti namanya..telinga kucing ini macam kucing biasa kita tengok..lurus sahaja..

Atas Scottish Fold Standard..Bawah Scottish Fold Non-Standard..perhatikan telinga tu..


Ingat..tidak boleh ada munchkin pure..atau pun scottish fold pure..sama juga dengan tiadanya istilah ragdoll standard..atau pun siam non-standard..kenapa terjadi macam ini..apa kelebihan dan kekurangan pure vs mix dan juga standard vs non-standard..masing2 ada gunanya kalau kita tahu..jadi..untuk topik ini akan kita bincangkan dalam post yang seterusnya..

Moga post ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran mengenai istilah2 yg biasa digunakan..bertemu kita lagi dalam masa terdekat..