Wednesday 25 February 2015

Info Asas - Scottish Fold

OneWan Cattery kali ini ingin berkongsi mengenai info asas baka Scottish Fold.

Scottish Fold adalah baka kucing yg memiliki telinga  berlipat ke hadapan dan ke bawah..jika diperhatikan..kelihatan sangat comel..sebab rupanya nampak comel betul..seperti "teddy bear" atau pun "burung hantu"..perhatikan betul2..anda akan nampak persamaannya..

Masa umur 1 minggu sudah nampak foldnya..gambar umur 2 minggu..Available..
Terbahagi kepada dua jenis..iaitu standard dan non-standard..
- Standard Scottish Fold adalah kucing yg memiliki telinga berlipat..
- Non-Standard Scottish Fold pula adalah yg telinga lurus..

Aik..napa pulak telinga lurus..kan nama pun fold?..mesti ada yg bertanya dalam hati..kan???

Umur 2 minggu..baru kelihatan foldnya..gambar umur 2 minggu..Available..
Sebenarnya..dalam setiap litter yg dihasilkan oleh induk kucing..bukan semuanya akan menjadi fold..sebab tu stok Scottish Fold di pasaran adalah kurang..dan juga harganya agak mahal..sebabnya susah untuk mendapatkan anak yg terlinga fold..

Sama juga kesnya dengan Munchkin..info lanjut..klik di sini..

Umur 3 minggu..baru kelihatan foldnya..gambar masa 2 minggu..masi lagi lurus telinga..Keeper..
Masa lahir..telinga anak kucing adalah lurus..macam anak kucing yg lain..dalam 3 hingga 4 minggu..barulah dapat dipastikan lipatan di telinga anak kucing itu..samada anak kucing itu fold atau pun tidak..sekitar 11 hingga 12 minggu kebiasaannya..barulah breeder  dapat menentukan kualiti anak kucing Scottish Fold itu..samada breeder, show, atau pun sebagai pet.

Level fold terbahagi kepada 3 jenis iaitu single fold, double fold dan juga triple fold..
Gambar akan dikemaskini kemudian..

Untuk mengetahui kelebihan Scottish Fold dan Munchkin..klik di sini..

Moga info sedikit sebanyak ini..dapat memberi manfaat..



Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan..sila hubungi talian berikut :

Mobile : 010 983 3719 / 013 883 8682 (Area Tuaran, Sabah)