Wednesday 12 December 2012

Info Asas - Munchkin

Munchkin merupakan baka kucing yang baharu ditemui..kucing ini dikenali dengan identiti memiliki kaki yang pendek..keadaan ini adalah berlaku secara semulajadi melalui mutasi genetik..nama Munchkin ini diambil berdasarkan watak kerdil dalam Wizard of Oz..

Kucing ini sangat sesuai untuk peminat kucing yang baharu ingin berjinak-jinak memelihara kucing..tiada masalah samada bujang atau pun sudah berkeluarga dan memiliki anak kecil..semua boleh masuk punya..

Hang Tuah "Super Short" Munchkin..

Walaupun kewujudan baka ini penuh kontroversi..namun kucing ini menyimpan personaliti yang menarik..aktif dan suka bermain..keadaan fizikal dengan kaki yang pendek ini bukanlah penghalang untuk kucing Munchkin ini melompat dngan tinggi seperti kucing lain..yang paling menarik adalah apabila Munchkin mengambil "lap" dengan siap "cecah telinga" lagi tu pada kelajuan tinggi..macam kereta sport yang sudah "potong spring" tu..kan syok saja ambil corner tanpa banyak masalah sebab memiliki kestabilan yang tinggi..

Munchkin terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan saiz kaki..standard, super short dan rug-hugger..boleh didapati samada dalam bulu pendek mahupun bulu panjang..

Menarikya..Munchkin ini boleh "duduk" dengan tegak..

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan..sila hubungi talian berikut :
Mobile : 010 983 3719 / 013 883 8682 (Area Tuaran, Sabah)

No comments:

Post a Comment