Monday 31 December 2012

Cara elakkan kucing mencakar perabut..

Ya..sedia maklum..bila ada kucing di rumah..sofa / perabut anda adalah antara sasaran kegemaran kucing anda untuk mencakar..ni bukanlah sebab kucing itu tidak puas hati dengan tuannya dan ingin membalas dendam..tapi ini disebabkan perangai semula jadi kucing sebagai medium cara menandakan kawasannya..

Kalau kena dengan sofa yg mahal..mesti pening dibuatnya kan..so macam mana cara untuk elakkan kucing kesayangan anda agar jangan lagi mencakar sofa / perabut mahal anda itu..jom kita kongsi bersama..

Scratching post
Sediakan scratching post ini sebagai tempat kucing anda mencakar..jangan risau boleh dapatkan di kedai haiwan peliharaan..tak mahal mana pun..
Tetapi kucing tidak akan menggunakan scratching post ini secara automatik..mana lah kucing tu tau..so anda kena lah tunjukkan caranya..begini..sambil memegang kucing anda..belaikan kuku anda pada scratching post itu..lepas tu belailah kuku kucing anda pada scratching post itu..senangkan..

Semburan air
Hah guna spray tu..main tembak2..kalau anda nampak kucing mahu menyerang atau pun tengah menyerang..semburkan air pada kucing itu..kucing tidak akan berhenti serta merta..perlu beberapa kali dilakukan..
Semua ahli keluarga pun kena main peranan dalam menyembur ni..semua mesti ikut main sembur2 ni..syiok kan hehe jadinya kucing akan takut dengan semua orang..bukan anda sahaja..kucing tidak akan berhenti terus..perlu kena sembur beberapa kali baru padan muka kucing tu ehhh salah..baru kucing tu faham..hehehe letakkan spray tu berdekatan dengan sofa / perabut anda..so kucing pun tau la tu apa maksudnya..orait..

Botol / tin minuman berisi
Masukkan benda seperti kacang hijau, batu kecil dan sebagainya ke dalam tin atau pun botol minuman kosong..jangan penuh dan hendaklah ditutup lepas tu..pastikan alat itu mampu mengeluarkan bunyi..konsepnya sama seperti semburan air di atas..tapi jangan la lempar sampai kena kucing tu..lempar dekat tempat kucing tu la..sbb kucing tidak suka bunyi bising..dalam beberapa minggu faham la tu kucing yang kalau mo cakar akan dapat bunyi bising..so kucing pun berhenti mencakar perabut anda..

Inilah antara beberapa cara bagaimana anda boleh mengajar kucing agar jangan lagi mencakar perabut / sofa anda..ingat..kucing anda pun perlu dididik supaya tidak lagi mencakar..selamat mencuba..

Saturday 15 December 2012

Untuk Dijual (Munchkin & Scottish Fold) SOLD OUT - 16.12.2012

OneWan Cattery sehingga saat ini memiliki 9 ekor stok anak kucing yang masih kecil untuk dijual..di bawah umur 3 bulan..pelbagai warna dan corak..macam biasa lah..Munchkin dan juga Scottish Fold..

Kucing hanya akan dijual apabila sudah cukup besar dan pandai berdikari..

Kepada yang berminat..bolehlah untuk membooking dahulu untuk mengelakkan terlepas..

Anak yang ada dalam stok sekarang :

Anak Induk Ibu Pertama (Date of Birth = 19.10.2012)
1) Standard Munchkin Brown Spot Tabby Long-Haired Male w/o cert RM3.5K (SOLD)
2) Standard Munchkin Cream Point White Female w/o cert RM3K boleh negotiate lagi (SOLD)
3) Non-Standard Munchkin Silver Spot Long-Haired Female RM500 boleh negotiate lagi (SOLD)



No 1 di belakang..No 2 di depan..No 3 di tengah..keluarga Munchkin..

Anak Induk Ibu Pertama


Anak Induk Ibu Kedua (Date of Birth = 3.12.2012)
4) Scottish Fold Solid Blue Female w/o cert (SOLD)
5) Scottish Fold Silver Spot Male w/o cert (SOLD)
6) Scottish Fold Silver Classic Tabby Female w/o cert RM1.5K boleh negotiate lagi (SOLD)

No 4 sebelah kanan..No 5 di tengah..No 6 sebelah kiri..keluarga Scottish Fold..

Anak Induk Ibu Kedua


P/S : Sebagai panduan..di bawah adalah jenis fold yg terdapat pada Scottish Fold..gambar sumber daripada internet..sebagai rujukan anda..


Single Fold


Single Fold memiliki lipatan di telinga adalah menghala ke depan / tepi..di bahagian hujung telinga masih lagi lurus..tapi tetap bengkok..(gambar sebelah kiri)..

Double Fold


Double Fold pula jenis telinga tetap bengkok menghala ke depan / tepi tetapi hujung bahagian telinga itu ada terlipat lagi ke bawah..hampir menutupi telinga..(gambar sebelah kanan)..






Triple Fold

 Triple Fold pulak tanpa ragunya adalah jenis yang terbaik..sebab lipatan telinga itu adalah langsung menutupi lubang telinga..melekat di kepala tu telinga..comel kan macam ni..(gambar di atas)..



Anak Induk Ibu Ketiga (Date of Birth = 5.12.2012)
7) Standard Munchkin Solid White Long-Haired Male w/o cert RM3.5K (SOLD)
8) Standard Munchkin Cream Point Long-Haired Female w/o cert RM3K boleh negotiate lagi (SOLD)
9) Non-Standard Munchkin Brown Spot Male RM500 boleh negotiate lagi (SOLD)

No 7 di depan..No 8 di belakang..No 9 di tengah..keluarga Munchkin..


Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan..sila hubungi talian berikut :

Mobile : 010 931 2038 / 013 883 8682 (Area Tuaran, Sabah)

Wednesday 12 December 2012

Info Asas - Munchkin

Munchkin merupakan baka kucing yang baharu ditemui..kucing ini dikenali dengan identiti memiliki kaki yang pendek..keadaan ini adalah berlaku secara semulajadi melalui mutasi genetik..nama Munchkin ini diambil berdasarkan watak kerdil dalam Wizard of Oz..

Kucing ini sangat sesuai untuk peminat kucing yang baharu ingin berjinak-jinak memelihara kucing..tiada masalah samada bujang atau pun sudah berkeluarga dan memiliki anak kecil..semua boleh masuk punya..

Hang Tuah "Super Short" Munchkin..

Walaupun kewujudan baka ini penuh kontroversi..namun kucing ini menyimpan personaliti yang menarik..aktif dan suka bermain..keadaan fizikal dengan kaki yang pendek ini bukanlah penghalang untuk kucing Munchkin ini melompat dngan tinggi seperti kucing lain..yang paling menarik adalah apabila Munchkin mengambil "lap" dengan siap "cecah telinga" lagi tu pada kelajuan tinggi..macam kereta sport yang sudah "potong spring" tu..kan syok saja ambil corner tanpa banyak masalah sebab memiliki kestabilan yang tinggi..

Munchkin terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan saiz kaki..standard, super short dan rug-hugger..boleh didapati samada dalam bulu pendek mahupun bulu panjang..

Menarikya..Munchkin ini boleh "duduk" dengan tegak..

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan..sila hubungi talian berikut :
Mobile : 010 983 3719 / 013 883 8682 (Area Tuaran, Sabah)

Monday 10 December 2012

Salam Perkenalan...

 
OneWan Cattery merupakan "breeding cattery" yang membiak baka terpilih sahaja..buat masa ini..baka kucing yang menjadi keutamaan OneWan Cattery adalah baka yang memiliki keunikan tersendiri..contohnya sepertinya Munchkin dan juga Scottish Fold..tujuan OneWan Cattery adalah untuk memeriahkan lagi arena kucing di Sabah terutamanya dengan breed kucing yang kurang dimiliki dan tetapi cantik dan mempunyai permintaan yang tinggi..kepada semua peminat kucing..diharapkan agar kita sama-sama dapat berkongsi pendapat dan pengetahuan mengenai haiwan peliharaan kesayangan ramai ini iaitu kucing..