Thursday 25 December 2014

Kenapa induk kucing makan anak kucing?

Hai..bertemu lagi kita..dalam kesibukan kerja di samping dalam mode perayaan, cuti sekolah dan tahun baharu..semoga semua bergembira bersama keluarga..teruskan berusaha untuk kemajuan diri..

Post kali ini..OneWan Cattery ingin menarik perhatian semua berkaitan kes yg sukar untuk diterima akal..tapi itu la hakikatnya..iaitu induk kucing makan anak kucing yg masih kecil..sukar digambarkan tetapi itulah yg dihadapi beberapa "pemilik" kucing..walau bagaimana pun..ianya jarang berlaku..tetapi ada..semestinya menimbulkan keresahan dan persoalan kepada kita..
 
Saat kelahiran adalah saat "privacy" bagi kucing..elakkan "mengganggu" sekitar 1 minggu pertama..
 Terdapat beberapa "teori" yg dikatakan menjadi punca kepada permasalah ini..moga perkongsian kali ini menjadi panduan dan membawa manfaat kepada semua..agar sama2 kita "mengelakkan" daripada mencetus perasaan kanibalisme di dalam naluri kucing aka bulus kesayangan kita..mari sama-sama kita kupas isu ini dengan lebih mendalam..antara puncanya adalah :-

#1 Kekurangan susu
Induk kucing yg kurang menghasilkan susu..akan merasakan anak kucing itu tidak dapat bertahan dan sukar untuk hidup..jadi untuk "kepentingan" bersama..anak kucing itu perlu "dihapuskan"..

#2 Manusia selalu pegang anak kucing
Kucing berkomunikasi melalui bau..sebab kalau selalu dipegang..dikhuatiri "bau" anak kucing itu akan hilang..dan ini mencetus "kesimpulan" kepada induk kucing bahawa anak kucing itu tidak sihat..jadi jalan yg terbaik adalah dengan "menamatkan" riwayat anak kucing itu..

#3 Anak kucing tidak sihat
Induk kucing dapat "meramal" mana anak kucing yg mampu bertahan berdasarkan samada sihat atau tidaknya anak kucing itu..jadi daripada mati begitu saja.."bagus" induk kucing "makan" anak kucing untuk mendapatkan nutrisi..di samping itu..ini akan menyelamatkan tenaga induk daripada sia-sia menjaga anak kucing yg sukar untuk hidup..

#4 Ketiadaan hormon "keibuaan"
Ianya jarang berlaku..tapi ada..dengan ketiadaan hormon ini..naluri kucing akan menganggap bahawa anak kucing itu adalah sebagai "mangsa"..secara tidak langsung mendorong "keliaran" alam semula jadi terjadi kepada anaknya sendiri tanpa dsedari induk kucing itu..

#5 Stress
Nampak macam simple..tapi banyak yg tidak sedar akan puncanya..ya semestinya kita suka untuk "tengok2", "belek2", dan "belai2" anak kucing itu..tapi harus diingat..induk kucing menerima ini sebagai ancaman..jadi untuk itu.."mereka" akan "berpindah" tempat mencari kesunyian dan keselesaan tanpa gangguan..tapi kalau masih juga merasa terancam..ini la yg terjadi..anaknya "dimakan" sebab induk kucing membuat kesimpulan bahawa anak kucing itu sukar untuk hidup dan berdikari dengan gangguan dan stress keterlaluan daripada manusia..


Baru sahaja lahir..kurang kasih sayang..esoknya menjadi "mangsa"..apakan daya..

Kes di atas adalah berkaitan induk betina dengan anaknya..macam mana pulak dengan induk jantan..

Induk jantan "kebiasaannya" akan bertindak begini sebab anak kucing itu..adalah daripada "musuhnya" iaitu anak induk jantan yang lain..kucing ni..kan jenis "persempadanan" iaitu ada kawasan sendiri..macam manusia la..ada abang kawasan..kalau "orang" lain masuk kawasan kita tanpa diundang..memang kira "angin" tidak tentu pasal..hihi sama juga kesnya dalam dunia "perkucingan"..jika induk jantan itu "merasakan" bahawa anak itu buka daripada "linenya"..maka anak itu "perlu" dihapuskan..sebab dikhuatiri akan menjadi saingan kepadanya nanti..

Induk betina "mengesan" bau pada anak kucing yg baharu lahir..ELAKKAN PEGANG anak kucing!!!..

Moga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pencinta kucing aka bulus..sama-sama la kita "mengelakkan" menjadi punca kejadian "keliaran" ini..

Jika ada sebarang komen dan pandangan..sila berkongsi di ruangan disediakan di bawah..

Moga manfaat..

Wednesday 10 December 2014

Panduan Vaksinasi, Deworm & Desexing

Panduan Vaksinasi, Deworm & Desexing

Muka Penuh
Bahagian Gambar

Info Penuh

P/S : Sumber daripada Klinik Pejabat Perkhidmatan Haiwan Kepayan, KK.